Desentralisasi
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ
“Desentralisasi.”
Satu perkataan yang ramai pernah dengar, tetapi sedikit yang benar-benar memahaminya. Satu perkataan yang bergema setiap hari di garis masa sosial media kita, namun sering terasa kosong, tanpa makna sebenar.
Saya melihat ramai rakyat Malaysia, khususnya dalam komuniti Muslim, meluahkan rasa kecewa di media sosial, Facebook, X, Instagram, YouTube, mengeluh tentang penapisan yang membentuk perbincangan politik kita. Tetapi, pernahkah kita berhenti sejenak untuk memikirkan: platform-platform ini tidak rosak, hanya menjalankan tugas mereka dengan tepat. Tidak ada kesilapan dalam penapisan mereka, semua ini sengaja dibina ke dalam sistem mereka.
Oleh itu, saya menyeru setiap Muslim yang membaca kata-kata sahaya ini: jangan merayu dan melayan akan CEO empayar media sosial ini. Mereka tidak akan dengar rayuan kita. Mereka takkan lepaskan keuntungan. Mereka takkan mengkhianati tuan mereka.
Sebaliknya, tinggalkan platform-platfrom mereka. Alihkan pemikiran, seruan, perbincangan, dan penentangan kita ke platform yang membenarkan kita mengibarkan bendera kita dengan bebas, tanpa penapisan yang mengekang. Milikilah suara kita sebelum kita, secara sedar atau tidak sedar, menjadi hamba algoritma dan umpan yang mereka gantungkan di hadapan kita.
Walaupun ada aspek kehidupan yang tidak boleh didesentralisasi, masih banyak yang boleh. Mulakan dari yang kecil. Konsisten. Tanam benih-benih harapan. Lama-kelamaan, akarnya akan menjadi kuat, dan pohon usaha kita akan membuahkan hasil penentangan.
Walaupun anda tidak terlibat secara langsung dengan gerakan seperti Sumud Fortilla, yang tika ini masih rancak berlangsung, anda masih boleh membuat sesuatu yang lain. Anda boleh berdoa, menyumbang, memberi sokongan dari jauh, tetapi yang paling penting, anda boleh menghancurkan punca yang paling memberi kesan: wang dan algoritma. Dengan memutuskan rantai ini, kita akan lebih dekat kepada kebebasan yang kita cari.
Kebebasan itu hampir di depan mata. Namun soalannya: adakah kita mempunyai keberanian untuk mengorbankan ilusi pilihan yang diberikan oleh platform ini dan mencari alternatif yang lebih baik, saudara-saudari rakyat Malaysia sekalian?
Bagi mereka yang membaca hingga ke akhir kata-kata saya, pertimbangkan untuk menyertai platform desentralisasi: https://yakihonne.com/
Sokongan ini tidak membawa keuntungan kewangan kepada saya, tiada pautan rujukan yang memberi wang, kuota, atau insentif lain. Hanya seruan untuk sokongan anda dalam sistem yang lebih baik dan bebas.
Di sini, anda akan merasai pengalaman media sosial sebagaimana ia sepatutnya: bebas daripada algoritma yang menimbulkan keresahan dan kemurungan. Bebas daripada penindasan suara kita. Jika kita benar-benar mahukan perubahan, mulakan di sini, banjiri ruang ini dengan suara kita.
Semoga kata-kata rendah ini membawa saya lebih dekat kepada rahmat dan keberkatan Allah Subḥānahu Wa Taʿālā, dan semoga ia, walau sedikit, memberi manfaat kepada semua yang membacanya.
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا